Feb 17, 2005

Sepetang Selasa

'Allah tidak memberati manusia, melainkan sekadar tenaganya'
(Al-Baqarah:186)


Salam kasih sayang utk semua saudara seagama, sahabat seperjuangan dan sekalian hamba Tuhan. Masih lagi aku di sini, masih lagi ingin berkongsi dengan apa yang aku alami dan pengalaman yang aku lalui.

Lewat Selasa, aku terasa beban yang amat. Program yg kena diaturkan, study, midterm dan presentation..huhu! Lantaran semester ini mula sampai ke akhirnya.Terasa berat, namunnya aku tahu itu adalah 'exercise' yg baik demi masa depanku.Berhadapan dgn pelbagai dugaan sebelum sampai ke puncak atau pengakhiran sebuah destinasi. Yea, bagai layang-layang, semakin tinggi terbangnya, semakin kuatlah tiupan arus angin harus ditempuh. Layang-layang, tamsilan kehidupan, semakin tinggi duduknya insan, masalah pun semakin hebat mendatang.(Thanks to kak syikin utk sebentar yg bermakna, sudi berkongsi kebenakan yg terlampau)

Aku terpaksa ke JAWI jugak kerna ada program seharusnya diselesai awal. Benar, tugasan itu telah aku serahkan namun aku terpanggil utk turut sama bertanggungjawab. (Menjadi ketua bukan sesuatu yang mudah, kan?) Pulang dari kelas langsung aku menunggu Ayong utk ke Kl. (klaka plak bila teringat detik aku gelincir di tangga semata-mata nak mengejar sesi interview dgn wakil SRC-isunya ALIEN..hehe) Nak ke JAWI bukannye tau, nasib baik ada sister yg memandu kami ke sana. Tuhanku!! bila sampai sana, masalah pula datang, yelah bukan mudah nak berurusan dgn org luar. Dah la jauh nak berjalan, pastu bila sampai kena pula berundur dlm kadar segera. Tanpa surat pengesahan kami tak dibenarkan masuk. Huhu..takpelah, at least aku blaja sesuatu..heh!

Bersama Ayong petang itu, aku tak pernah lelah. Mendengar tiap lelucon dan kisah yang bertukar indah antara kami. (Aku dan dia..kaki gelak tahap dewa..hehe. Erk!! tak baik kan kalo gelak terlampau..thihihi.) Dia karibku, tempat aku berkongsi kasih. Sekian lama,banyak yg kami kongsikan bersama. Ermm..patutnya aku menyebut nama insan yg sorang lagi ni, Amira. Mengapa lewat kita diketemukan ye Mira. Ermm..aku senang dgn sahabat ini. Dia pendengar dan pencetus sebuah ilham. Aku banyak berfikir bila 'diskusi' kami berlangsung..hehe. Trimas utk kedua yg aku sayangi. Sahabat-sahabat ini inspirasi hati.

Aku rasa dihargai bila bersama kalian.Dan sebenarnya semua rakan-rakan sedampingan adalah naluri cinta yang harmoni dalam jiwaku..terima kasih buat semua. Oppss! Lupa nak cakap (perlukah aku bagitau..hehe) Ada sorang lagi sahabat baru kutemui, yg sama auranya dgn aku. Yea, seorang jejaka comel..hehe. Chemistry untuk bercerita dan bertukar bahan. Tepat rasanya bersua dengan org yang bijak beri aku berfikir dalam keadaan separuh merepek..hehe. Huh?? Aku temui insan baru??

Ouh ya, masa dalam LRT, aku sempat membaca majalah kesayangan aku I, dan tanpa sedar ada yg memerhati. Tika ditegur, "Ouh..seorang pakcik rupanya" dan dia berbahasa Inggeris (memuji tabiat baca yg semakin cantik pada rakyat malaysia) Aku rasa seronok berbual dengan org yg berilmu macam dia. Yelah, berbincang tentang perkara ilmiah dengan org yang lebih dulu makan garam. Hehe..katanya UIA antara U yg 'ada nama' (kagum aku dgn kampus sendiri) Walau dalam hati, aku sentiada berfikir, apakah sumbangan aku pd Taman Ilmu dan Budi ini.

Ermm, seronok berbual (macam kat kedai kopi..kata Ayong..hehe) Banyak mata mungkin yang melihat, aku tak kisah. (Berbahasa Gomen aku petang tu..hehe. Bila lagi nak praktis??) Pastinya aku dapat berkongsi ilmu dengan seorang tua yang punya pengalaman berharga. Yea, terima kasih untuk Uncle Arshad. Psikologi tu bidang yg menarik kan Uncle? heheh. Berpisah kami di Wangsa Maju. NICE TO MEET U uNCLE :)

p/s:"Erk..nape dia minta no telefon aku?? thihi..husnu dzon, aku teman bicara yg baik kah?? Bubbye semua :)

No comments: